Pages

Friday, April 16, 2010

LENCANA SEKOLAH


Logo / Lencana merupakan lambang kemegahan yang menjadi simbolik di sesebuah sekolah. Setiap Logo mempunyai maksud tersendiri dan tersemat dipakaian setiap pakaian para pelajar sebagai Lencana sekolah.
 
Logo Sekolah Agama Felda Air Tawar 2 yang berbentuk seperti sebuah perisai dengan tiga warna asas iaitu hijau, Merah dan Kuning yang merupakan kesinambungan di dalam usaha mencapai kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan Akhirat.
Setiap warna asas yang digunakan mempunyai maksud tersendiri iaitu :-

WARNA HIJAU - Lambang keIslaman
WARNA MERAH - Lambang tekun dan gigih berusaha
WARNA KUNING - Lambang keikhlasan dan sifat tawakal yang diamalkan

Al-Quran yang terbuka di atas rehal melambangkan teras ilmu dan aqidah yang didaulatkan manakala Bulan dan Bintang melambangkan Pendidikan Islam dan Mercu Kejayaan.

 
Motto “Berilmu Beramal Bertaqwa” bermaksud satu natijah ilmu yang diamalkan bagi mencapai kehidupan sebenarnya yang dikehendaki oleh Kholiq.
 

No comments:

Post a Comment