Pages

Friday, April 16, 2010

VISI SEKOLAH

SEKOLAH AGAMA FELDA AIR TAWAR 2 SEKOLAH CEMERLANG 2014

MOTTO SEKOLAH

IMAN PENGGERAK MUSLIM DAN MUSLIMAH SEJATI

LENCANA SEKOLAH


Logo / Lencana merupakan lambang kemegahan yang menjadi simbolik di sesebuah sekolah. Setiap Logo mempunyai maksud tersendiri dan tersemat dipakaian setiap pakaian para pelajar sebagai Lencana sekolah.
 
Logo Sekolah Agama Felda Air Tawar 2 yang berbentuk seperti sebuah perisai dengan tiga warna asas iaitu hijau, Merah dan Kuning yang merupakan kesinambungan di dalam usaha mencapai kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan Akhirat.
Setiap warna asas yang digunakan mempunyai maksud tersendiri iaitu :-

WARNA HIJAU - Lambang keIslaman
WARNA MERAH - Lambang tekun dan gigih berusaha
WARNA KUNING - Lambang keikhlasan dan sifat tawakal yang diamalkan

Al-Quran yang terbuka di atas rehal melambangkan teras ilmu dan aqidah yang didaulatkan manakala Bulan dan Bintang melambangkan Pendidikan Islam dan Mercu Kejayaan.

 
Motto “Berilmu Beramal Bertaqwa” bermaksud satu natijah ilmu yang diamalkan bagi mencapai kehidupan sebenarnya yang dikehendaki oleh Kholiq.
 

OBJEKTIF SEKOLAH

1. MEMASTIKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
2. MENINGKATKAN KUANTITI DAN KUALITI PELAJAR YANG BERKETRAMPILAN DAN BERAKHLAK MULIA
3. MENANAMKAN SIKAP POSITIF DAN PEKA TERHADAP KECEMERLANGAN
4. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH CERIA, TENTERAM DAN SELESA

PIAGAM SEKOLAH

1. MEMASTIKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
2. MELAHIRKAN PELAJAR BERKETRAMPILAN DAN BERAKHLAK MULIA
3. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG CERIA, TENTERAM DAN SELESA

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

 Pada tahun 1973, sekolah ini hanyalah sebuah sekolah sementara berasaskan papan dan kayu nibong yang diusahakan oleh peneroka-peneroka yang berjiwa perkasa demi menjamin masa depan anak-anak yang dahagakan ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan.

 Lima bulan selepas itu, sekolah sementara yang dibina roboh akibat tiupan angin rebut dan bencana yang menimpa menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa menumpang belajar di Balairaya dan Tadika sementara banguna sekolah dibina semula.

 Pada tahun 1974, kerajaan telah memberi peruntukan untuk membina semula bangunan sekolah dan bangunan pertama yang wujud ialah Blok A yang dirasmikan pada hari Ahad pada tanggal 19 Muharam 1377H bersamaan 9 Januari 1977M jam 3.40 petang oleh Yang Berhormat Dato’ Yusof bin Malim Kuning, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama yang turut sama disaksikan oleh Tuan Pengurus Felda Air Tawar 2, Tuan Kadhi Daerah, Pegawai Pembangunan Agama Johor Selatan, Penghulu Mukim Johor Lama, Peneroka-peneroka dan murid-murid.

 Ketika dirasmikan, jumlah pelajar hanya 150 orang pada sesi petang sahaja dibawah pentadbiran Guru Besar pertama iaitu Al-Ustaz Abdul Halim b. Hamid dengan dibantu oleh dua (2) orang guru bimbingan Felda. Pengerusi Badan Kebajikan pertama ketika itu ialah Tuan Hj. Hasyim b Katan.

 Di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Johor berkuatkuasa pada 23 April 1978, sekolah ini telah mula menerima guru-guru agama kerajaan dan berterusan sehingga kini.

 Menjelang tahun 80-an kepesatan pelajar telah berlaku sehingga mendorong usaha murni peneroka-peneroka di Felda ini pada tahun 1980 untuk membina bangunan tambahan pada tahun 1980 yang kini dikenali sebagai Blok B.Bangunan ini dibina 2 tingkat yang mengandungi 6 biik darjah dan kemudahan bilik air yang lebih selesa dengan kos perbelanjaan sebanyak RM89,000.00 dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 29 Jun 1985 bersamaan 10 Syawal 1405H.

 Pada tahun 1995, Kerajaan Negeri pula yang member peruntukan sebanyak RM115,000.00 untuk pembinaan bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah yang kini dikenali sebagai Blok C yang menempatkan murid-murid TAJ dan surau untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru.

Monday, April 12, 2010

PERMATA PN SITI RABI'AH & USTAZ SAHRULNIZAM



Warga SAFAT2 mengucapkan tahniah kepada Pn Rabi'ah yang telah selamat melahirkan permata hatinya Muhammad LuqmanHakim pada tanggal 10 April 2010( sabtu ) jam 8.:04 malam di Hospital Sultan Ismail,JohorBahru.

Friday, April 2, 2010

MESYUARAT AGONG BADAN KEBAJIKAN KALI KE-8/2010 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2009

MAJLIS AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :
TARIKH : 11 APRIL 2010 ( AHAD )
MASA : 8.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SRI GEMILANG SEKOLAH AGAMA FELDA AIR TAWAR 2,

IBUBAPA / PENJAGA MURID SEKOLAH AGAMA FELDA AIR TAWAR 2 DIJEMPUT HADIR...